Saturday 25 February 2012

MENJADI AHLI

Selamat sejahtera kepada semua alumni Yayasan Johawaki yang budiman!

Kami akan terangkan secara lengkap prosedure bagi seseorang alumni itu boleh menjadi ahli rasmi kepada Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia. 


Sebelum itu kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua alumni yang sudah mendaftar menjadi ahli rasmi kepada Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia. Sehingga tarikh ini, sudah seramai 114 alumni sudah menjadi ahli rasmi persatuan.

PROSEDURE PENDAFTARAN AHLI RASMI PERSATUAN:


1. Mengisi borang keahlian secara lengkap. Kepada alumni yang masih tiada borang keahlian, sila download borang dari link ini http://www.scribd.com/doc/98611101/BORANG-KEAHLIAN-PAYJM


2. Membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM50.00 di akaun persatuan (CIMB BANK) - no akaun: 12930001780058.


3. Setelah membuat pembayaran yuran keahlian seumur hidup, sila 'attach'kan resit bersama borang sebelum menghantar kembali kepada Muhammad Yazid bin Mohamad Salim atau Hazmi bin Omar dalam bentuk softcopy di emel yzd_m@yahoo.com (Yazid) atau sondoc_89@yahoo.com (Hazmi) atau menghantar terus dalam bentuk hardcopy ke Wisma Johawaki. Bagi yang menggunakan e-mail, scan resit bank anda dan insert ke borang keahlian anda.


4. Setelah menghantar borang keahlian bersama resit, kini anda telah menjadi ahli rasmi kepada  Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia.



       Contoh resit dan borang keahlian.









Friday 24 February 2012

TERTUBUHNYA PAYJM

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN


Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia (PAYJM) telah ditubuhkan pada bulan Julai 2011. Idea bagi menubuhkan persatuan untuk alumni-alumni yayasan telah timbul sejak tahun 2010 lagi, dan akhirnya dapat direalisasikan pada tarikh keramat 13 JULAI 2011 setelah permohonan yang telah dihantar pada 07 Julai 2011 diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Penubuhan Malaysia.

Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dengan nombor pendaftaran 3274-11-SEL.

Sijil Pendaftaran Persatuan Alumni Yayasan Johawaki Malaysia


Surat Lampiran dari Jabatan Pendaftar Penubuhan Malaysia
Senarai nama dibawah merupakan ahli jawatankuasa penaja penubuhan persatuan sewaktu melakukan pendaftaran persatuan. Semua ahli jawatankuasa penaja yang dipilih belum menjadi ahli jawatankuasa rasmi untuk persatuan sehingga mesyuarat agung tahunan pertama persatuan dan undian ahli jawatankuasa rasmi dilakukan.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN

PRESIDEN
MUHAMMAD YAZID BIN MOHAMAD SALIM

TIMBALAN PRESIDEN
ISMAIL BIN HARUN

SETIAUSAHA
SITI AMINAH BINTI ABDULLAH

TIMBALAN SETIAUSAHA
ROSNANI BT ABDUL GHANI

BENDAHARI
HAZMI BIN OMAR

AHLI JAWATANKUASA
SITI MAIZURA BINTI ZULKEFLI
MOHAMAD RAZLE BIN YUSOF
NURSARIYAH BT SOBRI
AHMAD AZIZI BIN MOHD RADZI
MOHD HANIF BIN MOHAMAD
SITI NABILAH BINTI ZAINAL ABIDIN
NUR HASNIYAH BT AHMAD

SALAM UKHUWAH UNTUK SEMUA

Selamat Datang kepada semua Alumni mahupun Anak Angkat Yayasan Johawaki !

Assalammualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua yang sudi mengunjungi blog PERSATUAN ALUMNI YAYASAN JOHAWAKI MALAYSIA. Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan penyebaran informasi kepada semua Alumni dan Anak Angkat yang berada di serata dunia. 

Sebelum itu, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada semua anak angkat lepasan SPM 2011 ke dunia yang baru, iaitu dunia sebagai Alumni Yayasan Johawaki Malaysia. Sehingga kini, keseluruhan alumni yayasan ialah seramai 335 orang, tetapi hanya segelintir alumni sahaja yang dapat dihubungi.

Maka, kami ingin memohon kerjasama kepada semua alumni yayasan yang ada untuk memberikan informasi alumni-alumni yang lain yang sudah lama menghilangkan diri dari program yayasan.

Kami berharap, semua alumni akan bersama-sama membentuk ikatan utuh sesama kita seterusnya PAYJM akan menjadi sebuah persatuan yang mampu berdiri teguh bersama persatuan-persatuan lain di seluruh Malaysia dan disegani dalam segi pengurusan, kewangan, dan modal insan. Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini. Sebarang komen, cadangan, teguran mahupun rasa tidak puas hati, sila nyatakan kepada kami supaya pembaikan dapat dilakukan. Kami sebagai ahli jawatankuasa tertinggi persatuan mengharap blog ini dapat mendekatkan lagi hubungan sesama kita sebagai Alumni Yayasan Johawaki Malaysia.

MUHAMMAD YAZID