Friday 24 February 2012

SALAM UKHUWAH UNTUK SEMUA

Selamat Datang kepada semua Alumni mahupun Anak Angkat Yayasan Johawaki !

Assalammualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua yang sudi mengunjungi blog PERSATUAN ALUMNI YAYASAN JOHAWAKI MALAYSIA. Blog ini ditubuhkan bagi memudahkan penyebaran informasi kepada semua Alumni dan Anak Angkat yang berada di serata dunia. 

Sebelum itu, kami ingin mengucapkan selamat datang kepada semua anak angkat lepasan SPM 2011 ke dunia yang baru, iaitu dunia sebagai Alumni Yayasan Johawaki Malaysia. Sehingga kini, keseluruhan alumni yayasan ialah seramai 335 orang, tetapi hanya segelintir alumni sahaja yang dapat dihubungi.

Maka, kami ingin memohon kerjasama kepada semua alumni yayasan yang ada untuk memberikan informasi alumni-alumni yang lain yang sudah lama menghilangkan diri dari program yayasan.

Kami berharap, semua alumni akan bersama-sama membentuk ikatan utuh sesama kita seterusnya PAYJM akan menjadi sebuah persatuan yang mampu berdiri teguh bersama persatuan-persatuan lain di seluruh Malaysia dan disegani dalam segi pengurusan, kewangan, dan modal insan. Sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa mengunjungi blog ini. Sebarang komen, cadangan, teguran mahupun rasa tidak puas hati, sila nyatakan kepada kami supaya pembaikan dapat dilakukan. Kami sebagai ahli jawatankuasa tertinggi persatuan mengharap blog ini dapat mendekatkan lagi hubungan sesama kita sebagai Alumni Yayasan Johawaki Malaysia.

MUHAMMAD YAZID

No comments:

Post a Comment